April 29, 2009

~ TAKZIAH & AL-FATIHAH ~





a>


Salam Takziah & Al-Fatihah buat adik ZARIF NAZEM BIN FAIZAL, telah kembali ke rahmatullah pada 27/04/09. Arwah di masukan ke dalam wad ICU pada mlm 26/04/09 dan disahkan meninggal dunia pada pagi 27/04/09 ( masalah paru2 ). Baca artikel berjudul " Tabahnyer Sahabatku ".

Aku mendapat call pada 27/04/09 kul 2 ptg masa tu aku tengah amik exam...ku fikiran dia mahu keluar minum ptg dgn ku..rupa2nyer berita sedih yang di khbarkan kpd ku..

Sahabatku..

moga kau tabah dan reda dgn pemergiannyer....

Tuhan maha mengetahui disebalik apa yang berlaku...

Dia pasti menunggu mu disana....

ku doakan semoga kau sentiasa sabar & tabah



April 21, 2009

~ Jantung ~





~*Jantung*~

Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

April 16, 2009

~ Tabahnyer Sahabat Ku ~


Bismillahhirahmannirahim...

Melihat susuk tubunyer yg semakin kurus...hati aku berdetik apa yg terjadi pada sahabatku nie...adakah anaknyer sakit lagi dan dimasudkan ke dalam wad atau mmg keadaan dia yg tidak sihat...

Baru 2 bln kita x berjumpa perubahannyer amat ketara...dalam rasa sedih ada rasa kagum dgn semangat dan ketabahannyer melayan anak2 nyer. Seorg pendiam (Zaim Nazif ), seorg hypeaktif (Zahin Nabil) dan sorg lagi sakit paru2 berair (Zarif Nazem - 1thn)- selalu kuar masuk wad - walaupun Nazem sudah berumur 1thn tapi dia tak boleh buat apa pergerakan kecuali baring saja..jika dilihat pada umurnyer, pasti anak nie sudah mula belajar berjalan...tapi tidak Nazem. Keadaannyer sungguh sedih sekali, aku berdoa semoga ada jalan/ubat yang boleh mengubat penyakitnyer.

Dalam masa setahun nie dia kurang tido serta kurang selera mkn..ini semua disebabkan Nazem selalu tidak sihat dan memerlukan perhatian yang lebih darinyer,tapi dia tetap tabah menghadapi dugaan dari Tuhan..sesungguhnyer Tuhan maha mengetahui apa yg berlaku..Jarang sekali aku melihat dia mengeluh mengenangkan nasib dirinyer..kekuatan dalamannyer amat kuat sekali..Mungkin dia insan yg dipilih oleh Allah untuk di uji di dunia nie...

Harapan ku sbgi sahabat..dia tidak berputus asa dgn apa yg dia alami skrg...Dia mmg seorg ibu/isteri yang penyabar dlm melayan semua kerenah anak2nyer.. Aku sendiri pon belum tentu mampu jadi seperti dia...yg mempunyai tahap kesabaran yg tinggi...

Harapan dan doa ku semoga persahabatan yang terbina selama 21 tahun nie akan kekal sampai ke akhir hayat...

Dia antara sahabat yang paling ku syg...1410010476...

April 13, 2009

~ BETUL KE ? ~

Bismillahhirahmannirahim...


Betul ke kata org...Jauh di MATA jauh di HATI ???
boleh percaya ke..Jauh di MATA dekat di HATI ???
zaman semakin berubah...adakah hati org juga turut berubah ??
sedangkan pantai lagi berubah nie kan pulak hati org kan....
tapi ada juga org yang SETIA walaupun berjauhan...Tahniah diucapkan...
TAPI ramai ke org yg mcm nie...
senang ke nak cari lagi org yg macam nie...

Kata org...Rahsia Hati Tak Sape Yg Tahu ??
betul ke x de org yg tahu...seandainyer kita x pandai simpan...org tahu gak kan....hehehe

Bercerita tentang HATI...mmg x kan abis kan...
Byk benda yg tersimpan di situ...suka,duka,gembira,sedih,sayang,benci dll
lain kali lah citer pasal HATI...

Tetapi setiap insan yang pernah singgah di HATI nie..tak pernah dilupakan..baik kawan/sahabat/adik/kakak/teman/kekasih dan sesiapa sahaja...
setiap satu menyimpan sejarah dan kisah..hingga ke hari nie ianyer masih lagi
tersimpan rapi didalam HATI...

Bila rasa itu datang...
ia akan membuka helaian demi helaian kenangan...
bak kata org KENANGAN TERINDAH

wasaalam...