February 13, 2009

~ Doa ~

Bismilahirahmannirahim..




Seorang pengarah yang berjaya telah terjatuh di bilik mandi akibat stroke. Sudah 7 malam diletakkan di wad ICU. Di saat orang-orang terlelap, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan berbicara…"Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhan mu, maka kau akan hidup, dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!"

"Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah." kata si pengarah ini dengan yakinnya.Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya dan dengan bangganya si pengarah bertanya…"Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah".

Dengan lembut si Malaikat berkata…" Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu". Si malaikat menunjukkan layar siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air matadi pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmukesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharapakan kesembuhanmu. Si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, "Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik!...Aku tahu dia telah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan jika dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikanpada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri". Setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakinderas mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tanpa disedari, air mata mengalir di pipi pengarah ini…timbul penyesalan bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya… Malam ini baru dia menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.Waktu terus berlalu, dia hanya miliki 10 minit lagi, melihat waktu yang makin hampir makan menangislah si pengarah ini dengan penuh penyesalan…tetapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada 47 orang yang berdoa buatnya!

Dengan sedihnya dia bertanya…"Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tiada yang berdoa buatku?
Jawab si Malaikat…" Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas…bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau deritai di saat ini. Itu semua kerana selama ini engkau mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya". Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buatnya. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan siisteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, "Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00".

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya.. "siapakah yang 47 orang itu".
Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. "Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim?" kata si pengarah perlahan.


"Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu di saat itu hanya untuk mencari populariti dan untuk menarik perhatian orang ramai. Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu"……

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapat kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi.. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan dengan perlahan, 'Ya ALLAH sesungguhnya aku mencintai-MU dan memerlukan- MU, terangilah hati umat mu sekelian...!!errrrr apa salahnya klu lepas baca nih korang doakan kesejahteraan haku....panjang umo ke...murah rezeki ke....ermmmm

February 12, 2009

~ Dugaan ~









Bismillahirahmanirahim....



sepanjang minggu nie & mgu lps pelbagai dugaan yg mas hadapi...rintangan dan dugaan silih berganti..hati sentiasa tidak tenteram lagi2 lah kalau telefon berbunyi....fikiran asik memikirkan hal2 yg tak baik saja...tapi dalam masa yg sama berdoa semuanyer berada didalam keadaan yg selamat...


pada 2hb Feb 2009
mak di masudkan dalam wad kerana keluar darah yg x henti2 sejak 2 minggu yg lps...mak ku lihat tidak berdaya kerana terlalu byk darah yg keluar...3 botol air & 1 botol darah dah dimasuk kan kedalam bdn mak...ptg tu semua adik beradik mas ada di hospital Kota Tinggi kecuali adik yg kat Melaka...

Dalam sedih ada gak kelakarnyer....hehehe...dlm tengah layan mak...dtg seorg perempuan yg mencari sesorg, peramah lah katakan mak cik nie...sambil menegur mak..ooo anak no berapa nie ? ( mak di masuk kan kedalam wad bersalin hehee)...kita org semuanyer tersenyum je....( kuat lagi abah ku...masing berkata dlm diam ). Lps mak cik tu beredar...kami semua ketawa serentak...bayangkan lah umur mak saja sudah 53thn..kalau lah ada baby lagi...furst lah adik yg yg lain tu...hahahhaa



4hb Feb 2009.
Mak dibernarkan kuar hospital...mas dah mula bertugas...maklumlah makan gaji je..kenalah keja..nasib baik adik masih lagi bercuti dapt lah dia amik mak kat hospital...


6hb Feb 2009.
Ari nie mas cuti gie K.L sbb nak joint insurans, so kena dgr lah derang present tetang insurans. semuanyer berjalan lancar sehingga lah pukul 4 ptg...mas dpt call dari adik, mak kuar darah lagi...mybe dimasukkan wad lagi. Mula lah mas x tenteram dah lah jauh kat KL...kalau apa2 berlaku nnt susah jadinyer...masa tu mas tgh jalan2 kat SOGO smbil layan member beli tudung..dalam hati kalau bolh mas balik skrg...mas balik je...



Mak di masuk kan ke emergency room dari kul 4.30ptg ~ 10.00 mlm...2 botol air & 1 botol darah di masukkan lagi...keadaan mas mas tu jangan ckp lah...nasib baik ada ita ( sahabat baik ku ), dia byk tenteram kan keadaan mas... kalau dalam keadaan mas yg x tenteram dia tahu apa yg dia nak buat...sambil2 nak tenangkan hati, mas sms k.zue, supaya dia pon tahu keadaan semasa...mereka byk memberi semangat pada mas..tq kalian jasamu x kan ku lupakan...



Present mlm tu mmg best...pada mas mmg tepat n sgt senang dpt joint sama dgn derang semua...yg paling penting semuanyer org2 kita... org2 yg berjaya...adalah org2 bumiputra...mas sangat berbanga dgn keadaan itu...tunggu mas dlm pertengahan tahun nie, mas akn bersama2 dgn kau semua. Insya-allah semoga Tuhan permudahkan jalannyer..



kita org terus balik mlm tu..kira2 kul 2.oo pg selepas berhenti sebentar di R&R Seremban, satu lagi kejadian berlaku...yg hampir meragut nyawa kawan mas, tiba2 kereta yg mas naik tu mengelak sesuatu di jln raya...rupanyer ada motosikal di jalan raya tu...kwn mas sempat mengelak tetapi member mas di belakang sempat juga mengelak tapi kereta dia berpusing 3 kali...mengelak keta n lori dari merempuh mereka..member mas hanya dpat melihat dari cermin keta hingga terdiam/terkedu dgn kedaan tu...mas n ita pon dh seram sejuk melihat keadaa yg kelam kabut tu...syukur kita semua selamat...cuma kereta member rosak teruk..tapi yg kita org x puas ati...bila polis smpi di tempt kejadian tu dia kata motor tu x de kat situ..dan x smpi 5 min pon dh smpi org nak tarik keta...kita org rasa nie satu konpirasi yg derang buat...nasib lah keta je yg rosak..kalau nyawa melayang mcmaner...cari lah rezeki dgn cara yg halal...


Mak masih lagi di hsptl, kul 8pg baru smpi JB rehat jap smpi kul 1130, gerak ke Kota dgn ita n ma…nampak mak dh ok sikit Cuma muka masih pucat lagi…hari nie ramai org dtg tgk mak…antaranyer jiran2 n sedara sebelah mak..anak sedara ( yg mak jaga dari kecil ) yg dh lama x jenguk ke umah pon dtg melawat…tulah dalam KESAKITAN ada Hikmatnyer…terima kasih Tuhan…sesungguhnyer KAU mengatur segala perjalanan hidup ini dgn sungguh teratur sekali…Cuma kita yg sering terlupa.

Lebih kurang kul 1.00pg, telepon rumah berbunyi..semuanyer tgh lena tido, abh angkat call dgr sayup2 je suara mak…mak kata di kena kacau dgn org halus…dia kata..mula2 kipas berpusing dgn laju..kemudian langsir pulak ..dan akhir sekali mak hampir diangkat n di hempap orgnyer…nasib baik mak cepat tekan suis kecemasan…dan pg tu mak beralih katil lagi…semua mula risau dgn keadaan mak…tak sabor nak tunggu pagi..

08hb Feb 2009
Mak masih di tahan wad

09hb Feb 2009
Mak dh kuar hsptl..lega rasanyer..abah n iza amik mak kat hsptl..dlm masa yg sama ada lagi jiran yg melawat mak dihsptl..ptg sblm balik ke Pgu mak pesan baik2 drive. Sungguh terharu dlm keadaan mak yg x sihat masih lagi amik berat tentang anak2nyer…dia hanya masuk ke rumah setelah keta hilang dr pandangan…mmg begitulah rutinyer…itulah kasih mak kan…

Perjalanan hidup nie mmg penuh dgn ranjau dan duri.. kadang kala kita uji dgn dugaanyer…dan seharusnyer kita menerimanyer dgn tenang dan sabar tapi kata org..kata2 yg kuar x sama dgn apa yg kita rasa kan…

Untuk mencari kejayaan mestilah menghadapi dugaan n cabaran..barulah kita menghargai apa yg kita ada skrg…hehee





February 11, 2009

~ Sebab Hati Tak Bahagia ~

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYAMAZMUMMAH DI DALAM HATI.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :


1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)


3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)


4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..


** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain
vogu ewalau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)


7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.


8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkanamalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.


9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah


**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.